Monday, January 31, 2011

5 Ayat Jiwang Korea Yang Mampu Mencairkan Hati xD

Jangan cuba tipu aq ngan cakap yang kowang tak pernah tengok drama Korea. Aq tahu yang kowang adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Aq faham jiwa kowang memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata kowang bengkak menangis.

Sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta diowang sememangnya mampu membuatkan hati kowang berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau kowang gunakan ayat jiwang Korea kat awek kowang mase bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang kowang. Memang power ayat jiwang Korea nie.

Jadi disebabkan aq selalu tengok drama Korea so aq ade belajar ciket sal ayat Korea, izinkan aq berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para-para sakura cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-

Situasi 1

Tangan kowang memegang si awex dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-

Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.

Situasi 2

Usapkan tangan kowang ke wajah si awex. Belai rambutnya, pegang telinga si awex, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-

Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..

Situasi 3

Semasa si awex ingin clash dengan kowang dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan kowang selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.

Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.

Situasi 4

Jika kowang seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awex kowang.

Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.

Situasi 5

Si awex yang kowang idam-idamkan selama ini telah menjadi awex kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti kowang, kowang bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan kowang mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan kowang mase meluahkan ayat ini.

Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?

Aq tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya kowang atau si awex kowang muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas kowang mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.


No comments:

Post a Comment