Tuesday, March 13, 2012

10 ciri wanita idaman aku


sekarang jam menunjukkan pukul 3 pagi waktu tempatan, aku tersangat la bosan sampai aku terasa sangat bersalah sebab tidur siang tadi. aku nak tidur malam, malam sejuk tapi aku tak boleh nak tidur. oke, disebabkan aku tak boleh tidur so aku nak share sikit la kat blog ni. 10 ciri-ciri wanita/gadis idaman aku yang aku suka untuk jadikan bini/awek/cikaro. all girls kat luar sana please take a note oke? hahaha

1. Bertudung - ni memang surely akan ku cari tapi kalau couple tak bertudung pun takpe sebab dia bukan hak aku lagi. bila da kawen memang dia wajib pakai tudung

2. Hormat - ini sangat penting, hormat family aku especially adik lelaki kesayangan aku dan hormat kawan-kawan baik aku.

3. Sporting - maksod aku kat sini bukan sporting ngan aku je tapi dengan semua yang aku kenal. contoh kalau aku lepak ngan member aku pun dia still boleh bergaul, takde la duduk diam and buat muka masam, pahit, kelat dia tuh.

4. Matang - matang ada banyak makna, kat sini matang bagi aku ialah bila dia pemikiran macam orang dewasa. contoh tidak terlalu memikirkan diri dia, dia tau aku ada masalah and cuba selesaikannya dengan tenangkan aku. lastly, dia tidak berkepit ngan aku 24jam.

5. Tak kuat menangis - menangis tu sinonim ngan perempuan tapi kalau sikit-sikit dia menangis, aku pun naik muak. tak perlu menangis kalau perlukan perhatian. menangis bila perlu, jangan bazirkan air mata untuk benda yang tak guna

6. Pandai memasak - abah aku tu jenis yang cerewet, so semua sifat dia jatuh kat aku. aku taknak la makan nasi bungkus je hari-hari, aku suka makan air tangan isteri aku sama juga ngan aku suka makan air tangan mak aku

7. Sedap mata memandang - tak kesah la cantek ke tak, kalau cantek tapi perangai macam 6 jahanam baik takyah. biarlah yang sedang-sedang je

8. Berpendidikan - aku takde la nak bakal bini aku tu ada master or phD (kalau ada pun alhamdulillah). cukup la boleh tegor aku kalau aku silap mengetuai keluarga and cukup la boleh ajarkan anak pasal math sebab aku memang bodoh math

9. Jujur - jujur pasal sifat dia, jujur pasal keluarga dia, jujur pasal situasi dia, jujur pasal masa silam dia, jujur la tentang apa-apa pun. jangan sesekali menipu aku

10. Beragama - ini la paling penting dalam hidup, sial macam mana pun aku but still aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang islam. aku nak bakal bini aku pun berfikiran macam aku

kita masih muda lagi, jauh lagi nak pikir pasal ni semua. biasa la kalau orang muda bercinta, mesti ada putus. jarang la kita dengar orang kapel lama sampai ke jinjang pelamin. ada memang ada tapi jarang. lumrah kita jadik remaja. so takya sentap sangat, rilex sudah la. assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment