Sunday, March 11, 2012

Abah

assalamualaikum,

rasanya aku da lama tak update blog ni. maybe aku busy preparing for the exam sampai lupa tentang benda yang aku suka nak buat. yah, mempersembahkan karya untuk tatapan umum adalah salah satu hobi aku. tak kira la dalam bidang menulis blog, membuat lagu, menulis lirik or menyatakan melalui mulut. hari ni aku terasa nak update blog aku sebab aku rasa aku perlukan tempat untuk meluahkan perasaan. disebabkan tiada awek untuk aku mengadu so aku nak update blog ni (promote myself).

aku ada pergaduhan besar ngan abah hari jumaat yang lalu. yah, maybe kat FB or Twitter aku macam happy-go-lucky, tapi aku rasa sedih giler la. da 3 hari abah tak tegor aku. sebab masalah ni takperlu la aku nyatakan. aku just sedih bila abah cakap aku ni bukan anak dia, dia cuma ada 2 orang anak lelaki. aku tak kesah nak maki or what tapi aku terkilan sangat. besar sangat ke salah aku kat mata dia? aku tengok pun abah da tak macam dulu, bila nak tengok bola dia selalu ajak aku lebih2 lagi kalau LIVERPOOL vs MANCHESTER UNITED. kitorang siap batting lagi sape menang.

Euro 2012 bakal tiba, dulu time euro or world cup abah mesti kejutkan aku teman dia tengok bola walaupun dia tau esoknya aku sekolah. kitorang tak pernah miss live match walaupun sekali. maybe tahun ni akan berubah la sikit. abah berubah lepas dia keluar dari hospital, abah banyak cakap benda tak masuk akal like, 'abah da nak pergi', 'abah amanahkan kau jaga mama ngan adik2', 'kau da besar, kau takperlukan abah lagi' and so on la.

sejak bila abah jadik lemah macam ni? dulu abah orang yang kuat, berusaha untuk sembuh walaupun sakit teruk. ni bukan 1st time abah masuk hospital. sejak kecik lagi, hospital bagai rumah kedua aku. bila bergaduh ngan abah macam ni aku rasa sedih giler. kitorang pernah bergaduh tapi takde la sampai 3hari tak menegur. walaupun aku ego giler, tapi jauh dari sudut hati aku, aku nak abah tegor aku. mungkin cara aku salah tapi aku nak perhatian kot. entah la, aku taktau.

tak mengapalah, lepas ni pun aku akan keluar dari rumah ni jugak, aku just nak sangat abah mengakui aku sebagai anak dia, anak lelaki dia. mama nasihatkan aku supaya tak amek endah pasal semua yang abah cakap. aku taknak amek endah tapi aku terasa.



untuk abah :')

No comments:

Post a Comment