Monday, March 26, 2012

Seminggu di Batu Pahat

assalamualaikum, minggu lepas aku berangakat pulang ke 'kampung halaman' di Batu Pahat. banyak memori kot walaupun aku kat sana cuma seminggu. rasa tak puas pun ada, rasa taknak balik Putrajaya pun ada. memang serius time otw balik tu aku nak nangis tapi apa boleh buat, aku ada perjuangan yang perlu aku lakukan.

Isnin : sampai je bus stand aku call Ejat mintak tolong dia pick up aku. aku sempat lagi lepak ngan junior yang selalu layan kepala aku tahun lepas time balek sekolah. semua nampak sehat, terbaik la untuk diorang semua. aku jumpa Eka, Kuyu, Ameng, Bazli, and ramai lagi la. after 3 jam lepak aku ajak Ejat gerak Tongkang Pechah, aku nak jumpa kawan kat sana tapi diorang takde pulak. oke sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Aimi, Fali, Kulit, Totok, Tadir and ramai lagi la. lepas tu Ejat bawak aku jumpa kawan yang jaga aku baik punye kat SMKDO, Ajib la orangnya. memang rindu betul kat Ajib, haha. maken tough badan dia. main gym ni. malam Ejat bawak aku lepak Etika Emas, restoran yang selalu aku beli nasi ayam murah. kat situ jumpe Meman, Emul, Jemil and Sapik Saleh. aku lepak situ sampai pukul 1 pagi, tunggu Acai balek keje

Selasa : Aku ajak Piki, Acai, Ejat, Aty, Fikaa and Isma temankan aku pergi uma AR. sebab semalam hari jadik dy so nak bagi present la jugak, agak sesat la aku time nak amek Fikaa kat uma dy. naseb baik muka bukan pecah rumah punye orang, hahaha. agak jauh jugak la uma AR. lepak sana hampir dua jam, aku taknak balek punya pasal so diorang pun taknak balek, then gerak BPMall makan tomyam. 1st time makan pakai chpstick, muka aku da la chinese look, haha. then jenjalan kejap pastu sebab rambut aku malas nak potong so Aty puji aku macam 'Gu Jun Pyo'. so sampai aku balik rumah la aku nyanyi lagu 'Paradise' ost BOF tu. haha

Rabu : hahaha, hari amek result. aku tau aku dapat sikit A so aku ngan Piki bangun lebih lewat daripada biasa, haha. sampai sampai betul jangkaan aku, so jangan tanya la aku dapat berapa oke? haha. then lepak bandar kejap. jumpa Aty, Sab, Mira, Aini and lagi dua orang kawan diorang. time otw balek aku mintak Piki drop aku kat BSN nak beli nombor pin. tersermpak pulak dengan Fikaa and Ajiq Jemi. diorang madah nak tanya aku dapat berapa je. memang aku tak bagitau la. haha, malam lepak ngan Meman kat Serambi Kayangan. oke la dapat minum and makan free sebab mak Piki tokey xD

Khamis : jumpa Fared kat Serambi Kayangan. mak Piki tanya aku nak makan ape, aku ingat pagi lagi so aku order la nasi lemak rupanya da tengah hari. minum milo ais jela. hehe, then Cikgu Norbiha cakap nak belanja makan so aku pun ape lagi. bergegas la ke bandar, yela orang nak payong sape tak suka. otw ke sana Fared dengan sukacitanya melanggar lampu merah and kat situ jugak kitorang kena saman ngan tok anjang. hahaha, memang terbaek la kan. sampai kat bandar Cikgu Biha belanja KFC la, memang masyuk. then terserempak lak ngan Sab, Fikaa, and Firdaus. Sab cakap dy kena saman ngan JPJ pulak. haha, memang sehidup semati la kan? malam pulak aku lepak bandar pekena roti canai ngan Acai, Piki, Fared, Ejat sampai pukul 3 pagi. semua badan da lentok so balek tido la xD

Jumaat : aku bangun pagi rini, masa untuk balek Putrajaya. memang rindu la sebab takdapat jumpe ke semua member terutamanya gay aku si Capik Misrom aka Mushroom

apepepun aku bersyukur walaupun aku da pindah tapi diorang tetap ingat kat aku. seminggu yang sangat best di Batu Pahat. banyak kenangan walaupun sekejap. love you la Batu Pahat, muah <3

No comments:

Post a Comment